Wednesday, January 30, 2008

Kes rogol?

Student Progressive Front (SPF) Menyeru Pihak Universiti Menyelesaikan Khabar Angin mengenai kes rogol dalam Kampus Dengan Segera Dan Secara Telus

SPF menyeru pihak universiti agar memberi penjelasan terhadap khabar angin yang mengenai kes rogol yang dilakukan oleh orang minyak di dalam kampus USM baru-baru ini. khabar angin ini telah menakutkan mahasiswa-mahasiswi, sehingga mereka tidak dapat fokus dalam pelajaran, dan ada juga pelajar yang terpaksa berpindah ke rumah kawan. Selain itu, waktu kini juga waktu peperiksaan, ini secara langsung akan menjejaskan keputusan mahasiswa-mahasiswi.

Di samping itu, SPF menyeru pihak universiti agar menyelesaikan kes ini secara telus. Sekiranyapihak universiti mendapati kes rogol ini adalah benar, maka perlulah kita faham bahawa kes rogol merupakan kes jenayah, jadi kes ini harus diserahkan kepada polis tetapi bukan “simpan” di dalam kampus. Pihak universiti juga harus mengumumkan hal ini kerana mahasiswa-mahasiswi berhak mengetahui hal-hal yang telah berlaku di dalam kampus. Mahasiswa-mahasiswi juga boleh membuat persediaan untuk menjaga keselamatan diri dan mempertahankan diri sekiranya mereka berhadapan dengan hal sebegini. Pihak universiti juga harus merancang dengan teliti demi keselamatan mahasiswa-mahasiswi tetapi bukan dengan cara menutup hal ini atas sebab ia mungkin akan menjejaskan nama baik universiti. Manakala jika kes ini didapati palsu, pihak universiti juga harus mengumumkan supaya mahsiswa-mahasiswi berasa lega hati dan kehidupan kampus mereka tidak dijejaskan.