Wednesday, January 27, 2010

Persoalan tentang Pro-M

Pihak aspirasi telah mengeluarkan risalah yang terdapat persoalan tentang apa yang telah dilakukan oleh Pro-M, misalnya mengapakah Pro-M tidak pernah membantu menyelesaikan masalah wifi di kampus dan mengapa mempolitikkan beberapa isu yang tidak berlaku di Universiti lain tetapi tidak berlaku di USM.

Nampaknya, terdapat mahasiswa yang tidak faham perjuangan Pro-M, oleh itu, kami ingin menjelaskannya di blog kami.

Tuesday, January 5, 2010

PEMBATALAN SIDANG AKHBAR

Pihak ProM memohon maaf kepada semua mahasiswa mahasiswi pendokong ProMahasiswa. Sidang akhbar yang dirancang pada 5hb Januari, terpaksa dibatalkan di saat akhir.

Sidang akhbar ini, terpaksa dibatalkan kerana pihak kami masih gagal mendapatkan respon dan pandangan daripada TNC HEPP Prof Omar Osman berkenaan perkara-perkara yang ingin kami utarakan.

Kami merasakan sebelum kami mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan tuntutan kami, adalaah lebih berhemah dan teratur kami mendapatkan respon daripada TNC HEPP terlebih dahulu.