Showing posts with label Good Articles. Show all posts
Showing posts with label Good Articles. Show all posts

Wednesday, September 16, 2009

Peluru-peluru terakhir sang Penguasa

Oleh: Mohd Syafie Hasyim*

Bahang pilihanraya kampus sudah semakin di rasai. Kebanyakkan universiti tengah sibuk untuk berhadapan dengan fasa ini. Manakala Mahasiswa di kampus sudah semestinya bijak dan berstrategi dalam menyusun pendekatan yang baik bagi merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kampus masing-masing.

Piliharayakampus kali ini yang di katakan tidak berlaku serentak di semua kampus dan terpulang kepada kampus untuk memutuskan pilihanraya di kampus masing-masing. Ini kerana mengambil kira MPP di kampus yang masih lagi belum cukup setahun pemerintahannya seperti mana yang termaktub di dalam AUKU. Dalam Seksyen 52(4) Perlembagaan Universiti (PU) menyatakan : “ ahli-ahli MPP dan pemegang-pemegang jawatannya hendaklah di pilih untuk satu tahun..”

Menariknya , kebanyakan kampus akan melaksanakan sistem pemilihan secara online atau E-Pengundian. Perlaksanaan sistem ini sekali lagi menunjukan langkah utukk membunuh demokrasi dan hak mahasiswa dalam pilihanrayakampus. Sudah semestinya sistem ini wujud kesangsian dan penipuan yang ketara.

Berdasarkan perkembangan E-undi yang telah di laksanakan di kampus-kampus tertentu sebelum ini seperti UIA, UPM, UPSI dan sebagainya, ternyata menguntungkan sesetengah pihak dalam mengetahui keputusan kiraan undi. Terdapat ramai di kalangan mahasiswa yang bangkit mempertahankan penerusan sistem ini , namun , kekebalan pihak pentadbiran sukar di atasi mungkin. Saya mempunyai beberapa pandangan setelah beberapa kajian di lakukan pelaksanaan E-voting di kampus-kampus lain.

Wednesday, September 9, 2009

E-voting suatu keraguan

oleh: Ahmad Syazwan Hassan

Seluruh gerakan mahasiswa di semua IPTA sedang bersiap untuk menghadapi suatu pertembungan yang sepatutya berlandaskan prinsip demokrasi, iaitu pilihanraya kampus ( PRK ) yang dijangkakan dalam beberapa bulan sahaja lagi.

Pelbagai strategi dan persiapan telah diatur bagi memastikan kemenangan masing-masing dalam PRK kali ini.

Namun terdapat sedikit kelainan yang akan berlaku di UM ialah penggunaan sistem e-voting yang telah diaplikasikan di IPTA yang lain. Kenapa UM perlu mencedok dan meniru cara dan teknik universiti lain sedangkan kita boleh sahaja untuk meneruskan sistem manual yang lebih diyakini?

Mana istilah ” The Leader in Reasearch and Innovation ” yang dibanggakan sebelum ini kalau hanya kita meniru pakai sesuatu yang telah dilaksanakan di tempat lain?

Ada beberapa persoalan yang timbul dengan pelaksanaan sistem e-undi.

1. Adakah undi anda rahsia?


2. Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?


3. Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-undi?

Adakah undi anda rahsia?
Sekiranya sistem tersebut boleh mengenal pasti sama ada anda telah mengundi atau tidak, maka sistem tersebut juga mesti berupaya untuk mengesan siapa yang telah anda undi. Jadi, rahsiakah undi anda? Mungkin pihak yang bertanggungjawab membangunkan sistem itu tidak ke arah itu, tetapi ini tidak bermaksud perkara itu (track the votes) mustahil.

Bagi pendapat saya, selagi ada cara untuk mengesan siapa yang telah anda undi, selagi itu undi anda tidak rahsia. Tidak kira pengundian secara manual ataupun e-undi.

Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?
E-undi bermaksud data akan bergerak dalam rangkaian sebelum di simpan dalam pangkalan data. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, terdapat banyak cara untuk memperolehi(capture) data dalam rangkaian dengan mudah.

Jadi, ada kemungkinan data undi anda yang bergerak dalam rangkaian dicuri dan diubah sebelum dihantar ke server untuk pemprosesan. Untuk itu, sesuatu sistem e-undi perlu ada fungsi cryptography dimana data yang dihantar oleh pengguna di-encrypt ke bentuk yang tidak boleh dibaca oleh orang luar.

Ini penting untuk menjaga data integrity supaya data yang pengguna hantar selamat disimpan tanpa diubahsuai.

3. Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-undi?
Selain aspek keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian, perlu ada mekanisme disaster recovery dimana sekiranya berlaku sebarang bencana (cth server down, database corrupt, black-out dsbg),tempoh masa yang diambil untuk recovery mestilah singkat.

Selain itu, segala data mestilah sama seperti dalam keadaan yang sebelum berlakunya bencana tersebut. Data availability dalam sistem e-undi adalah kritikal.

Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang perlu diambil kira dengan teliti dalam pelaksanaan sistem e-undi.

Mungkin perkara-perkara yang disentuh tidak kritikal untuk sistem e-undi pilihan raya kampus, tetapi untuk membangunkan sistem e-undi yang betul-betul selamat dan reliable, perkara-perkara tersebut perlu diambil serius oleh pihak yang terlibat dalam pembangunan sistem tersebut.

Ketelusan dan kerahsiaan sistem ini dipertikaikan kerana ada kelompangan dan kebocoran yang berlaku. Apa salahnya kita menggunapakai sistem manual yang lebih praktikal dan boleh menjadi suatu medan latihan bagi mahasiswa sebelum terlibat dalam kancah Pilihanraya Umum di peringkat nasional.

E-voting hanya menguntungkan pihak Jawatankuasa Pemilihan MPP sahaja kerana ia menyenangkan urusan mereka, sedangkan mahasiswa tidak berpuas hati dengan sistem yang digunakan.

——————

*Penulis ialah Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM). Beliau juga terlibat secara langsung dalam Economics Student Leaders Council (ECONS), sebuah badan pemikir dan NGO bebas terutamanya dalam isu-isu sosio-ekonomi negara. Segala pandangan mahasiswa jurusan ekonomi ini boleh dilayari di kasturi89.wordpress.com.

Monday, January 19, 2009

Universiti Apex Menjana Mahasiswa Cemerlang?

Kesedaran
Hari ini sudah hampir dua minggu Rejim Zionis Laknatullah melancarkan serangan ke atas para pejuang-pejuang mujahidin Hamas. Sasaran juga tidak terkecuali pada penduduk awam tidak kira tua, muda hatta kanak-kanak. Seluruh dunia menyatakan simpati dengan serangan tersebut pelbagai cara. Tidak terkecuali juga bagi sebilangan rakyat Malaysia yang dalam hatinya punya kesedaran terhadap apa yang berlaku ke atas negara Palestin.

Pelbagai cara dibuat bagi memberikan kesedaran, mengutip dana, larian amal termasuk forum-forum dan kempen. Bagi Universiti Sains Malaysia (USM) sendiri selaku universiti tersohor pertama negara yang mendapat status Apex Universiti (AU) juga tidak ketinggalan mengadakan pelbagai cara bagi menyedarkan warga kampus tentang penderitaan rakyat Palestin. Namun, usaha ini tampak tidak mendapat sambutan hangat daripada warga kampus lantaran banyaknya program lain yang menjadi pilihan para pelajar.

Saturday, March 22, 2008

Sistem dua barisan dalam pembentukan?

http://malaysiakini.com/columns/79696

Malaysia telah dilanda tsunami politik pada 8 Mac 2008 yang menyebabkan Barisan Nasional kehilangan majoriti dua pertiga dalam Parlimen (BN: 140 kerusi, pembangkang dan bebas: 82 kerusi) dan kuasa pemerintahan empat lagi kerajaan negeri (Pulau Pinang, kedah, Perak dan Selangor) sudah diambilalih oleh parti-parti pembangkang, di samping Kelantan yang sedia dalam tangan PAS.
Rasanya hingga sekarang masih ramai yang masih tidak dapat mempercayai ‘angin perubahan’ boleh memuncak ke tahap ‘tsunami’ yang dalam sekelip mata telah mengubah landskap politik negara kita! Namun ini bukan mimpi tetapi realiti yang perlu diterima oleh semua pihak terbabit supaya dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan terbaru ini..