Saturday, August 21, 2010

SPFUSM kecewa dengan pendirian hak berpolitik TNCHEP

Student Progressive Front USM (SPFUSM) amat kecewa berkenaan dengan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) USM, Prof. Datuk Omar Osman yang menyatakan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak menyekat siswa-siswi untuk berpolitik walaupun mereka masih belajar dalam universiti selepas pindaan yang dibuat pada tahun 2008.

Pindaan AUKU pada tahun 2008 hanya mengalihkan kuasa daripada Naib Canselor kepada Menteri Pendidikan Pengajian Tinggi. Ia juga memberikan kuasa pengecualian kepada Naib Canselor untuk membenarkan mahasiswa untuk menyertai parti politik, menyambungkan pelajaran dan menjalani peperiksaan selepas digantung dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Menteri. SPFUSM menyeru kepada pihak universiti jangan memperbodohkan mahasiswa/i atas pindaan AUKU yang menukarkan perkataan tanpa memulih kebebasan dan hak asasi manusia.