About Us

USM Student Progressive Front (SPF)
Politik? Isu-isu sosial? Anti-kerajaan? Kebanyakan mahasiswa-mahasiswi mempunyai tanggapan ini terhadap SPF. Namun, adakah ini kebenarannya?

SPF ditubuhkan pada 28 Okt 2001 oleh sekumpulan mahasiswa yang mengambil berat terhadap masyarakat dan kampus. Pada masa itu, mahasiswa-mahasiswi bersikap pasif, kebebasan beraktiviti disekat, kebajikan pelajar diabaikan, interaksi antara kaum dalam kalangan mahasiswa kekurangan. Mereka juga terlupa akan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat. Adakah rakan-rakan sekalian masih bertanggapan bahawa SPF sebagai persatuan yang anti-kerajaan, anti-pihak berkuasa dalam kampus? Cuba berfikir, adakah demokrasi kampus masih wujud? Adakah masyarakat sempurna? Adakah mahasiswa-mahasiswi yang berpendidikan tinggi tidak mempunyai kewajipan terhadap masyarakat?

Sama seperti persatuan-persatuan lain, SPF mempunyai matlamat. Namun, perkara yang membezakan SPF dengan persatuan lain ialah, matlamat kita lebih mementingkan tanggungjawab social mahasiswa, kebajikan mahasiswa, dan perpaduan antara kaum.

Empat Matlamat SPF:
1 Demokrasi kampus, authoriti pelajar
2 Memecah pembatasan kaum
3 Menjaga kebajikan mahasiswa
4 Membimbing pelajar dalam membina masyarakat yang lebih baik

No comments:

Post a Comment