Monday, October 11, 2010

Usul-usul DPP yang dicadang oleh SPFUSM

USUL 1: Penyiasatan masalah perkhidmatan bus yang sedang diuruskan oleh MPP harus bertelusan.

Justifikasi
1.       Penyiasatan masalah perkhidmatan bus sedang dijalankan oleh MPP.

Tuntutan
(a)    Mengadakan tender secara terbuka dan mengumumkan standard (tempoh pengalaman perkhidmatan bus yang minimum)  untuk mendapatkan kontraktor yang baru jika menamatkan perjanjian dengan syarikat perkhidmatan bus yang sedia ada.

(b)   Mengumumkan segala maklumat kontraktor baru itu serta perjanjian yang akan dibuat.

(c)    Mengumumkan perbelanjaan dan belanjawan kewangan perkhidmatan bus baru dan lama.

(d)   Mengumumkan keputusan dan statistik soal selidik selepas penamatan penyiasatan masalah.

(e)   Melibatkan perbincangan mahasiswa/i secara terbuka dalam proses membuat keputusan sama ada meneruskan kontraktor yang sedia ada atau baru.

Wednesday, October 6, 2010

Student group slams "BN tool" varsity authorities



PETALING JAYA: A student group has criticised Universiti Sains Malaysia's authorities for barring it from distributing pamphlets denouncing the proposed amendment to the Employment Act.

In a press statement, Students Progressive Front representative Khaw Seng Hean said: “It's absurd that the government criticises students for not getting involved in issues affecting the people but contradicts itself by stopping students when they do get involved.”

Apart from distributing pamphlets, the student group also sold t-shirts that read, “Malaysians for Beng Hock” and “1Black Malaysia” at their service counter.

SPFUSM mengutuk tindakan JK dan MPP

Student Progressive Front USM (SPFUSM) mengutuk tindakan Jabatan Keselamatan (JK) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menghalang aktiviti perkhidmatan kaunter yang dianjurkan oleh ahli SPFUSM.

Pada waktu pagi 5hb Oktober 2010, SPFUSM telah mengadakan aktiviti perkhidmatan kaunter. Aktiviti tersebut termasuk jualan T-shirt “Malaysian for Beng Hock”, “Give 2nd Chance” dan “1 Black Malaysia”, pendaftaran pengundi dan pengedaran risalah “Bantahan Pindaan Akta Pekerja”. Tujuan utama aktiviti berikut adalah memberi peluang kepada mahasiswa/i dapat melibatkan diri dalam perjuangan masyarakat. Namun begitu, JK dan MPP membantah aktiviti tersebut kerana tiada kebenaran daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEPP). Mereka menggambarkan BHEPP sebagai ibu bapa, mahasiswa/i harus mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa sebelum menjalankan sebarang aktiviti. MPP mengatakan bahawa mereka menerima aduan mahasiswa/i konflik akan logo Barisan Nasional (BN) yang dipaparkan dalam risalah itu. Mereka berpendapat bahawa mahasiswa/i harus fokus kepada akademik dan bukan berjuang untuk golongan pekerja.