Sunday, April 26, 2009

Perjumpaan dengan ketua unit UPPU

Bawah adalah maklumat yg kami dapati selepas berjumpa dengan ketua unit UPPU

Sesiapa yg dapat desa pada 23th April, mereka boleh menolakkannya?
Beliau tidak faham kenapa pelajar yg dapat desa pada 9th April masih reject, kami menjawab dengan ada pelajar yg tak dapat pada masa itu, dan reject untuk tinggal bersama, (oh baik nya~~dia kata) dan juga tarikh pengumuman keputusan rayuan adalah lambat, pelajar takut tidak dapat rumah di luar kampus
dia kata bahawa pada tempoh 15th hingga 23th, rayu yg dibuat mesti dapat desa, pada pendapatnya, sepatutnya tunggu keputusan dulu, walaupun kami sudah memberitahunya tentang pemilik rumah akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga rumah sewa. Dia cadang kami harus buat keputusan betul betul sama ada sewa rumah di luar atau tidak, kalau sudah tentu hendak sewa rumah di luar tak payah buat permohonan lagi. pelajar yg dpt desa pada 23th boleh reject pada awal awal kepada pengawa atau pengurus desa masing masing sebelum semester buka untuk mengelakkan caj dikena. keputusan bagi reject pada 23th akan diumumkan dalam kenyataan, "dalam website, rasanya ada, kami kena check la, nanti saya akan check. jangan duduk diam dan tidak buat apa apa la." katanya

Saturday, April 11, 2009

Gagal dapatkan desasiswa?

SPFUSM akan mengambil berat tentang isu banyak pelajar degree tidak mendapat desasiswa pada semester ini,

oleh itu, sila hubungi kami jika anda gagal mendapatkan desasiswa pada 21 hb nanti.

Bagi pelajar yang gagal dapatkan desasiswa hendaklah membuat rayuan sebelum 15hb April

spfemail

Coordinator SPF: Chea Leng 0164436296

Pelajar yang tidak dapat desasiswa mestilah membuat rayuan kerana ini hak kita. Bukan semua pelajar mampu membayar kos untuk sewa rumah di luar kampus. Lagipun, jika ramai yang gagal mendapatkan desasiswa, ketika itu kos sewa rumah mestilah akan ditingkatkan.

Tinggal di desasiswa merupakan hak asas kita, kerana tanpa tempat tinggal, maka kita tidak dapat meneruskan pelajaran di universiti.

Oleh itu, SPF USM menyeru bahawa semua mahasiswa/i (termasuk yang sudah dapat desasiswa) supaya kita bersama-sama memperjuangkan hak kita untuk meninggal di desasiswa, dan menegakkan keadilan! Kita boleh pergi ke UPPU di atas cafe Tekun untuk menanya tentang proses pemilihan dan membuat aduan tentang masalah yang dihadapi oleh  pelajar.


Sila letak email anda sebagai komen di sini jika anda gagal mendapatkan desasiswa, kami akan follow up