Kempen pilihanraya kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) sudah bermula dan kini tersebar beberapa SMS yang didakwa berbaur perkauman yang boleh menimbul rasa tidak senang di kalangan pelajar.
Ketua perhubungan Pro-Mahasiswa (Pro-M) UUM, Ahmad Zafir Mairop berkata, SMS tersebut mula tersebar pagi ini ketika proses penamaan calon sedang berlangsung dan dijadual berakhir jam 2 petang ini.
katanya, beliau dimaklumkan mengenai penyebaran SMS tersebut oleh dua penyokong Pro-M yang turut menerima SMS yang sama.
Malah, katanya, salah satu SMS tersebut turut menyebut Pro-M berjanji tidak akan ada laungan azan secara terbuka, kecuali di dalam masjid dan surau sahaja.