Tuesday, October 20, 2009

Bantah siswa UM dikenakan tindakan

kemaskini 4.09pm
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membantah tindakan terhadap lapan aktivis pelajar Universiti Malaya kerana mengundang pemimpin politik menyertai aktiviti mereka di kampus berkenaan.

Memorandum berkenaan, yang diterima oleh timbalan menterinya Datuk Saifuddin Abdullah di Parlimen tengah hari ini, turut menyuarakan bantahan pertubuhan pelajar itu terhadap sistem pengundian elektronik, e-undi, bagi sesi pemilihan tidak lama lagi di universiti itu dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Friday, October 16, 2009

Siswa UIA serik boikot e-undi

Kumpulan pro-Mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sudah serik untuk memboikot lagi pilihan raya kampus setelah hilang "hilang suara" apabila berbuat demikian pada 2005.

Pengerusi kumpulan tersebut Mohd Naserul Mohd berkata, akibat tindakan mereka tidak menghantar calon pada pemilihan kampus empat tahun lalu, pemimpin-pemimpin pro-Aspirasi mendapat kemenangan percuma.

"Kita lihat waktu itu, mereka (universiti) boleh buat apa sahaja, membawa masuk artis luar, buat konsert dan pelbagai program hiburan," kata penuntut tahun akhir di Fakulti Pengajian Ilmu Wahyu itu.

Monday, October 12, 2009

Menteri terima memo bantah e-undi

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin membantah pelaksanaan e-undi dalam pilihanraya kampus tahun ini.

Ia diserahkan kepada menteri berkenaan di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM), selepas program Hari Raya Aidilfitri bersama Pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan MPPK), semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Pengerusi BANTAH Mohd Aizat berkata memorandum itu mengandungi beberapa tuntutan, antaranya memansuhkan sistem e-undi.

E-undi: 3 kampus ura-ura boikot PRK

Kumpulan pro-Mahasiswa di tiga universiti utama di Lembah Klang berura-ura memboikot pilihan raya kampus masing-masing sekiranya sistem pengundian berkomputer tetap dijalankan.

Kumpulan siswa dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) kini membentuk Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) untuk mempergiatkan lagi bantahan mereka.

Selain UM dan UKM, Universiti Utara Malaysia (UUM) juga memperkenalkan pengundian secara elektronik, atau e-undi, pada pilihan raya kampus sesi ini, tidak lama lagi.

Kaedah e-undi mula diperkenalkan di UPM pada 2003 dan kemudian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) - juga dalam suasana penuh bantahan.

Friday, October 9, 2009

PRK e-undi UUM: Blogger dakwa GPMS dalang Pro-M

Sintok 08 Okt 10.30 a.m : Gabungan Pelajar Melayu SeMalaysia Universiti Utara Malaysia (GPMS UUM) telah bekerjasama dengan kumpulan Pro-Mahasiswa bagi menyediakan calon kumpulan tersebut dalam  pilihanraya kampus kali ini.

Kenyataan tersebut dibuat oleh seorang blogger, Sdr. Azrinizam, melalui laman blog peribadinya, Angin Perubahan. Blogger tersebut juga menambah bahawasanya 36 orang calon dari kumpulan Pro-M hasil kerjasama bersama GPMS telah bersedia untuk bertanding.

Blogger berkenaan yang  merupakan mantan YDP MPP UUM juga menyatakan bahawasanya semua perbelanjaan kursus calon dibiayai sepenuhnya oleh Pengetua Kolej Yayasan Al-Bukhary.

Pro-Aspirasi menang percuma, pro-M dakwa disabotaj

Kumpulan pro-Aspirasi di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyapu bersih kesemua 28 kerusi - tujuh kerusi umum dan 21 kerusi fakulti - selepas penamaan calon bagi pilihanraya kampus universiti tersebut ditutup semalam.

Ini ekoran empat calon pro-Mahasiswa gagal bertanding selepas gagal mendapat tandatangan pengesahan daripada naib canselor dan dekan hal ehwal pelajar UniMAP
link.

Berikutan itu semua kerusi terbabit telah dimenangi tanpa bertanding, maka tiada pilihan raya kampus akan diadakan di UniMAP tahun ini.

Universiti Malaya climbs 50 spots to No. 180 in THE-QS rankings

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) has put Malaysia back in the top 200 of the prestigious Times Higher Education (THE) – QS World University Rankings 2009 when it climbed 50 places from last year to 180 this year.

QS managing director Nunzio Quacquarelli said the rankings identified not just the most highly-ranked universities in the world, but also the best performing universities in key subject areas, the universities most targeted by employers, those producing the best research, those investing in teaching and those with the most international profile.

Another local university that improved in rankings was Universiti Teknologi Malaysia (UTM), standing at 320 compared to 356 last year.

Thursday, October 8, 2009

Pilihan raya kampus: SMS berbaur perkauman disebar di UUM

Kempen pilihanraya kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) sudah bermula dan kini tersebar beberapa SMS yang didakwa berbaur perkauman yang boleh menimbul rasa tidak senang di kalangan pelajar.

Ketua perhubungan Pro-Mahasiswa (Pro-M) UUM, Ahmad Zafir Mairop berkata, SMS tersebut mula tersebar pagi ini ketika proses penamaan calon sedang berlangsung dan dijadual berakhir jam 2 petang ini.

katanya, beliau dimaklumkan mengenai penyebaran SMS tersebut oleh dua penyokong Pro-M yang turut menerima SMS yang sama.

Malah, katanya, salah satu SMS tersebut turut menyebut Pro-M berjanji tidak akan ada laungan azan secara terbuka, kecuali di dalam masjid dan surau sahaja.


Badan bebas pantau PRK UUM

Universiti Utara Malaysia (UUM) bersetuju untuk menubuhkan sebuah badan bebas untuk memantau kempen pilihanraya kampus tersebut ekoran kontroversi pelaksanaan e-undi di universiti berkenaan.

Pengerusi Pro-Mahasiswa (Pro-M) UUM Tengku Mohd Hasrul Tengku Malek berkata, badan itu akan dianggotai 10 ahli akademik bagi memastikan pilihanraya berjalan lancar dan telus.

Katanya, persetujuan itu dicapai dalam pertemuannya dengan Timbalan Naib Canselor UUM, Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid pagi tadi.

Pro-M bantah e-undi di UUM

Sintok 6 Okt 05:45a.m – Pengerusi kumpulan pro-mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) merancang mengadakan pertemuan dengan Timbalan Naib Canselornya Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid berhubung bantahan pelaksanaan kaedah sistem pengundian secara berkomputer.

Kumpulan yang bertentangan dengan pro-Aspirasi itu diwakili oleh pengerusinya Tengku Hasrul Tengku Malek bersama seorang aktivis pelajar kampus itu Chang Kok Wei. 

Satu sumber pemimpin pelajar UUM, yang enggan dikenali, memberitahu Malaysiakini hari ini, pertemuan di pejabat Dr Ahmad Faiz dijadual Rabu ini – sehari sebelum penamaan calon – untuk membincangkan isu tersebut.

HEP sengaja menyusahkan mahasiswa UniMAP

Kangar 5 Oktober 2009 07:01p.m
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mengadakan penamaan calon untuk pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2009/2010 pada 7 Oktober ini.

Setakat ini, pihak universiti ini tidak pernah mengadakan pilihan raya untuk pemilihan MPP di peringkat kampus. Dimaklumkan bahawa pemilihan MPP tidak diadakan sebelum ini kerana tidak ada calon yang ingin bertanding.

Kepimpinan MPP sebelum ini sepanjang sejarah penubuhan UniMAP adalah produk yang telah dipilih dan ditapis oleh pihak  HEP dan bukannya pilihan mahasiswa. Timbul juga persoalan samada mahasiswa UniMAP tidak berminat dengan kepimpinan? Atau ada faktor lain yang menghalang dan mengekang mahasiswa daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya kampus ini?

KENYATAAN SMM MEMBANTAH PENGGUNAAN E-UNDI DALAM PRK

KENYATAAN SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA MEMBANTAH PENGGUNAAN E-UNDI@ E-VOTING DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS

-Civil Society Joint statement-

6HB OKTOBER 2009

E-Pengundian merupakan satu sistem yang dibangunkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dalam bentuk pengundian secara berkomputer di dalam menjalankan proses Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di universiti-universiti. Proses pemilihan yang dijalankan sebelum ini dilakukan secara manual (undian dengan memangkah calon-calon yang bertanding pada kertas).

Kementerian serbu pusat SMM di Bagan Pinang

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir Mohd Ithnin mendakwa pegawai kementerian pengajian tinggi bersama anggota polis menyerbu pusat gerakan mahasiswa di Bagan Pinang pagi ini.

SMM mendirikan pusat tersebut - yang merupakan sebuah kanopi yang didirikan di tepi jalan di Batu 6 ½ ,Jalan Pantai Teluk Kemang - untuk membawa isu bantahan e-undi dalam pemilihan kampus, sewaktu kempen pilihanraya kecil di situ.

Pengerusi SMM, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata tindakan itu juga dipercayai ada berkaitan dengan kenyataan menteri berkenaan, Datuk Khalid Noordin bahawa pelajar yang berkempen di situ, akan dikenakan tindakan.

Siswa UM bantah, e-undi langgar AUKU

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) membantah kaedah baru sistem pengundian berkomputer dengan alasan ia tidak menjamin kerahsiaan dan oleh itu bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Kaedah yang bakal diperkenalkan pada pilihan raya kampus itu bagi pemilihan sesi baru barisan pemimpin MPMUM dianggap bercanggah dengan Seksyen 48(2)(a) akta tersebut yang menyebut para pelajar "hendaklah memilih melalui undi rahsia" pemimpin mereka.

Wednesday, October 7, 2009

E-undi: Pelajar tempelak menteri

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini menempelak Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin kerana menyifatkan mahasiswa tidak mengikuti zaman teknologi ICT apabila menolak pengundian berkomputer dalam pilihan raya kampus.

Pengerusinya Shazni Munir Mohd Ithnin berkata sedangkan sewaktu pemilihan Umno pada Mac lalu, perwakilan parti itu sendiri menolak penggunaan kaedah berkomputer bagi memilih pucuk pimpinan parti.

Thursday, October 1, 2009

Petition E-voting In UUM

http://e-votinguum.petitionhost.com/

Posted on Wednesday, 30 September 2009 by Pakatan Mahasiswa UUM

Editor, 29 september 2009 : Mesyuarat Majlis Tertinggi PRO-MAHASISWA UUM, hari ini sebulat suara akan melancarkan petition online. Menurut Setiausaha Agungnya, petition itu akan dilancarkan pada malam ini (Semalam) juga. “Kami akan lancarkan petition online itu secepat mungkin, Mala mini juga mungkin”.