Kumpulan Pro-mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menang tanpa bertanding satu daripada 12 kerusi fakulti yang dipertandingkan dalam pilihanraya kampus universiti itu selepas proses penamaan tamat jam 3 petang tadi.
Jurucakapnya Ahmad Nor Muslim berkata, kemenangan pro-Mahasiwa di Fakulti Kejuruteraan di Kampus Gombak itu sekaligus mengekalkan penguasaan mereka di kerusi terbabit sejak tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau belum mendapat maklumat jelas berhubung kedudukan mereka di kampus Kuantan yang juga dijadual berlangsung serentak.
Tuesday, January 20, 2009
Pro-Mahasiswa menang PRK UM (SYABAS!) STUDENT POWER IS COMING!
Kumpulan pro-Mahasiswa memenangi pilihanraya kampus Universiti Malaya (UM) semalam apabila calon-calonnya memenangi 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.
Kekalahan tipis kumpulan pro-Aspiras itu diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi di Dewan Tunku Canselor (DTC) di UM.
Dalam pilihanraya kampus lalu, pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi.

Monday, January 19, 2009
[Malaysiakini] Pro-Aspirasi kekal di UKM, tapi kerusi merosot
16-01-2009
source: http://www.malaysiakini.com/news/96583
Kumpulan pro-Aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengekalkan penguasaannya dalam pilihanraya kampus universiti berkenaan apabila menang 21 daripada 34 kerusi yang dipertandingkan.
Sumber-sumber pentadbiran UKM memberitahu, calon kumpulan yang cenderung kepada kerajaan itu menang lapan kerusi umum dan 13 kerusi fakulti yang dipertandingkan.
Pilihanraya kampus di UKM mempertanding 23 kerusi fakulti dan 11 kerusi umum.

[Malaysiakini] Manifesto calon pro-Mahasiswa ditolak
16-01-2009
source: http://www.malaysiakini.com/news/96537
Manifesto seorang calon pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) ditolak manakala manifesto lima lagi calon kumpulan tersebut belum diluluskan oleh Urusetia Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UM.
Keenam-enamnya adalah calon dari Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) yang menyokong kumpulan pro-Mahasiswa.
Berikutan itu, calon UMANY, Koh Joon Yi terpaksa berkempen dalam pilihanraya kampus tahun ini tanpa menggunakan manifesto.

Calon Bebas Fakulti Pendidikan Isytihar Sertai Pro Mahasiswa
Kuala Lumpur, 17 Jan - Dalam perkembangan terbaru, calon berbangsa India, saudari Lydia Colaco a/p Makol @ Michael bersetuju untuk bersama Pro Mahasiswa untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Lydia, yang merupakan salah seorang calon Fakulti Pendidikan bagi Pilihanraya Kampus Universiti Malaya, membuat keputusan tersebut setelah siri-siri perbincangan antara beberapa pihak. Lydia sebelum ini dilaporkan bertanding atas tiket bebas.
Universiti Apex Menjana Mahasiswa Cemerlang?
Kesedaran
Hari ini sudah hampir dua minggu Rejim Zionis Laknatullah melancarkan serangan ke atas para pejuang-pejuang mujahidin Hamas. Sasaran juga tidak terkecuali pada penduduk awam tidak kira tua, muda hatta kanak-kanak. Seluruh dunia menyatakan simpati dengan serangan tersebut pelbagai cara. Tidak terkecuali juga bagi sebilangan rakyat Malaysia yang dalam hatinya punya kesedaran terhadap apa yang berlaku ke atas negara Palestin.
Pelbagai cara dibuat bagi memberikan kesedaran, mengutip dana, larian amal termasuk forum-forum dan kempen. Bagi Universiti Sains Malaysia (USM) sendiri selaku universiti tersohor pertama negara yang mendapat status Apex Universiti (AU) juga tidak ketinggalan mengadakan pelbagai cara bagi menyedarkan warga kampus tentang penderitaan rakyat Palestin. Namun, usaha ini tampak tidak mendapat sambutan hangat daripada warga kampus lantaran banyaknya program lain yang menjadi pilihan para pelajar.

Wednesday, January 7, 2009
Introduction of Pro Mahasiswa USM
Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (Pro M usm)
Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (ProM) merupakan platform yang menghimpunkan kepemimpinan mahasiswa
sejati, pertubuhan-pertubuhan mahasiswa yang menjunjung kebebasan berpersatuan serta sukarelawan/ti yang cintakan kepemimpinan MPP yang benar-benar boleh mewakili suara mereka serta memperjuangkan hak-hak kebajikan mahasiswa
Tuntutan kami:
1) Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) .
2) Menuntut sebuah pilihanraya kampus yang adil dan bebas dengan tanpa campur tangan sesiapa pihak.
3) Mewujudkan pihak pemantau yang bebas dan adil untuk mematau proses pilihanraya kampus .
4) Mewujudkan parlimen mahasiswa untuk mengembalikan kuasa autonomi mahasiswa .
PERUBAHAN UNTUK MENGEMBALIKAN KUASA MAHASISWA
http://promahasiswausm.wordpress.com

Subscribe to:
Posts (Atom)