Monday, January 19, 2009

Calon Bebas Fakulti Pendidikan Isytihar Sertai Pro Mahasiswa

Kuala Lumpur, 17 Jan - Dalam perkembangan terbaru, calon berbangsa India, saudari Lydia Colaco a/p Makol @ Michael bersetuju untuk bersama Pro Mahasiswa untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Lydia, yang merupakan salah seorang calon Fakulti Pendidikan bagi Pilihanraya Kampus Universiti Malaya, membuat keputusan tersebut setelah siri-siri perbincangan antara beberapa pihak. Lydia sebelum ini dilaporkan bertanding atas tiket bebas.



Sebelum ini, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya menyaksikan 5 orang calon bertanding untuk kerusi yang dipertandingkan sebelum Siti Nasirah Mohd Zin menarik diri dari pencalonan sebelum tamat tempoh menarik diri Rabu lepas. Fakulti Pendidikan bakal menyaksikan 2 calon Pro Mahasiswa dan 2 calon Pro Aspirasi berhadapan untuk merebut 2 kerusi yang dipertandingkan.

Saudara Mukhlis yang merupakan calon Fakulti Pendidikan bagi kem Pro Mahasiswa menyambut baik perkembangan terbaru ini. Menurutnya, Lydia mempunyai kekuatan dan tarikan yang tersendiri. Perkembangan ini juga dikatakan sebagai sihat kerana dengan ini, Pro Mahasiswa diwakili oleh calon berbangsa India di peringkat fakulti. Beliau turut menyeru warga Fakulti Pendidikan untuk membuat keputusan yang bijak pada 19 Januari 2009 ini iaitu hari pengundian. - Mahasiswakini

No comments:

Post a Comment