Wednesday, January 27, 2010

Persoalan tentang Pro-M

Pihak aspirasi telah mengeluarkan risalah yang terdapat persoalan tentang apa yang telah dilakukan oleh Pro-M, misalnya mengapakah Pro-M tidak pernah membantu menyelesaikan masalah wifi di kampus dan mengapa mempolitikkan beberapa isu yang tidak berlaku di Universiti lain tetapi tidak berlaku di USM.

Nampaknya, terdapat mahasiswa yang tidak faham perjuangan Pro-M, oleh itu, kami ingin menjelaskannya di blog kami.



Mengapakah PRO-M USM mengambil berat isu yang tidak berlaku dalam kampus USM?
Merujuk kepada pandangan saudara bahawa isu E-Voting yang langsung tiada kena mengena dengan kampus kita turut dibising-bisingkan, persoalan anda seolah-olah menyatakan bahawa perkara yang tidak berlaku di kampus kita, kita tidak perlu mengambil berat, tidak perlu berfikir dan tidak perlu mengambil tindakan. Apakah tanggungjawab seorang mahasiswa dan mahasiswi?

Walaupun USM tidak berhajat untuk menggunakan sistem E-Voting pada pilihan raya tahun ini, akan tetapi siapakah yang boleh menjamin USM tidak akan melaksanakan E-Voting pada tahun depan? Yang penting, Pro-M menyuarakan isu E-Voting ini bukan untuk mengelirukan ramai pelajar yang lain.

Pro-M menutup kebenaran dan mencetuskan kekeliruan?
Nampaknya saudara kurang jelas dengan perjuangan Pro-M. Pro-M meminta satu pilihanraya kampus yang bersih, adil dan telus yang dapat menghasilkan pemimpin mahasiswa yang berkualiti dan berkaliber. Tujuan Pro-M menyuarakan isu E-Voting di USM adalah untuk memberitahu pihak universiti bahawa kami membantah perlaksanaan system E-Voting (perlu saya menjelaskan disini bahawa masa itu pihak university belum lagi memgumumkan status perlasanaan E-voting di USM).

Walaubagaimanapun, USM tidak menggunakan E-voting tidak bermaksud kita tidak boleh sentuh isu ini. Sebagai mahasiswa yang cemerlang, kita sepatutnya peka dengan isu-isu semasa terutamanya perkembangan universiti di seluruh Malaysia

“Kenapa PRO-M lebih berusaha dalam memperjuangkan demokrasi kampus? Kenapa kami tidak menekankan isu kebajikan pelajar semata-mata? ”
- Bagi rakan yang menyoalkan perkara ini, saya berasa bahawa soalan pertama yang paling penting dan harus dikaji oleh anda, iaitu memahami objektif PRO-M dahulu.

- Sebenarnya, MPP Aspirasi dan PRO-M sama-sama memperjuangkan atas nama kebajikan pelajar, tetapi malangnya sumber/autoriti yang dipegang oleh MPP Aspirasi dan PRO-M adalah jauh berbeza.

- Aspirasi telah menang kerusi bilangan besar dalam MPP pada pilihan raya kampus yang lepas, dengan itu, tidak dapat dinafikan bahawa Aspirasi memang mempunyai kekuatan yang lebih dari segi pengunaan sumber universiti dan bilangan ahlinya. Tambahan pula, perbuatan Aspirasi lebih disukai/disokong oleh pihak universiti kerana Aspirasi tidak akan menyuarakan suara yang “akan menjejaskan autonomi universiti”. Jadi pada hakikatnya, PRO-M memang tidak berupaya bertanding dengan Aspirasi dari aspek memperbaikkan kebajikan pelajar, misalnya isu wifi. (Tapi ini tidak bermakna PRO-M tidak pernah melakukan kerja kebajikan pelajar, sila rujuk kepada pernyataan seterusnya)

- Aspirasi berupaya menguruskan masalah kebajikan pelajar yang “tidak menjejaskan autonomi dan kebaikan universiti”. Tetapi, bagaimana pula masalah hak-hak pelajar yang tercanggah dengan autonomi dan kebaikan universiti, misalnya ketelusan polisi dan ketelusan kewangan universiti? Apabila hak mahasiswa-mahasiswi telah melampau sempadan autoriti dan kebaikan universiti, adakah Aspirasi MPP masih berupaya ATAU berani menyoalkan pihak berkuasa universiti untuk memperjuangkan hak/kebajiakan mahasiswa-mahasiswi ini?

- Bagi isu sebegini, MPP Aspirasi tidak mampu dan tidak sanggup melakukan sebarang perubahan. Pada masa yang sama, PRO-M mungkin juga tidak dapat mempengaruhi pihak berkuasa universiti supaya menghormati hak-hak pelajar dalam jangka masa pendek, tetapi PRO-M sanggup bercabar, berani memperjuangkan hak kita dengan cara aman walaupun tanpa pengizinan pihak universiti.

- PRO-M percaya bahawa perubahan yang benar hanya akan berlaku apabila demokrasi kampus tercapai. Apabila pelajar dapat mempraktiskan hak demokratik, umpamanya melibatkan diri dalam perundingan dan membuat keputusan dalam polisi kampus, kebajikan dan hak pelajar secara automatik akan dijaga.

- PRO-M memperjuangkan kampus yang demokrasi, PRO-M memperjuangkan supaya mahasiswa-mahasiswi dipulangkan autonomi untuk memutuskan kehidupan kampus kita. Inilah cara yang paling berkesan jika kita ingin mengekalkan kebajikan mahasiswa-mahasiswi dalam jangka masa panjang.

- Apakah yang telah PRO-M lakukan untuk menuntut demokrasi kampus dan autonomi pelajar?

- Kami pernah menghantar memorandum kepada TNC yang mengandungi tuntutan-tuntutan mengenai hak mahasiswa-mahasiswi, lazim menghantarkan kenyataan akhbar kepada media apabila berlakunya kes pencabulan hak mahasiswa-mahasiswi dan sebagainya.

- Yang paling penting, PRO-M lebih mementingkan usaha untuk menyedarkan mahasiswa-mahasiswi tentang kepentingan demokrasi kampus dan autonomi pelajar melalui pelbagai aktiviti (pilihan raya kampus), flyers, booklet (“Black or White” yang diterbit oleh SPF).

- Kerana kami berharap bukan sahaja ahli PRO-M, tetapi mahasiswa-mahasiswi lain juga mampu mengetahui hak dan kebebasan kita semua dan sanggup melibatkan diri dalam proses untuk memperjuangkan demokrasi kampus.


Peranan yang dipegang oleh PRO-M kini:
1) Memperjuangkan Demokrasi Kampus dan Autonomi Pelajar
2) Sebagai platform yang menahankan kebebasan bersuara bagi pelajar universiti
3) Melibatkan pelajar dalam proses perbincangan polisi kampus dan membuat keputusan.

Apa yang telah dilakukan oleh PRO-M sepanjang tahun 2009?

Setiap semesterMajalah Black or White
Setiap semesterKaunter perkhidmatan cetak slip peperiksaan, kaunter survey pendapat pelajar USM.
Setiap sidangMemorandum kepada TNC untuk pilihan raya kampus yang bersih, telus dan adil
Oktober 2009Urgent appeal, risalah dan kenyataan akhbar dilakukan untuk kes 8 orang pelajar UM disabitkan di bawah AUKU
Julai 2009Urgent appeal diadakan untuk mendesak agar 2 orang bekas pelajar USM yang melawati kawan di UM dibebaskan.
Julai 2009Kenyataan akhbar bersama PBT USM untuk meminta USM memberi penjelasan tentang kesilapan dalam pengambilan pelajar baru.
Jun 2009Kenyataan akhbar agar hukuman “pesalah” AUKU dalam kes ISA7 dibatalkan.
April 2009Berjumpa dengan UPPU untuk mengetahui tentang isu pelajar USM tidak mendapat tempat desasiswa
Februari 2009Urgent appeal, risalah dilakukan untuk kes 3 orang pelajar UUM disabitkan di bawah AUKU
Januari 2009Permintaan untuk penjelasan pihak USM tentang kes pegawai keselamatan mencabuli hak mahasiswa.
Setiap sidangMinggu suai kenal
Mac 2009Perhimpunan mansuhkan PPSMI
August 2009Perhimpunan mansuhkan ISA

Kenapa PRO-M terlibat juga dalam isu-isu negara?
Dasar-dasar negara tidak dapat dinafikan akan mempengaruh dasar-dasar kampus, AUKU merupakan contoh yang paling jelas, oleh itu, untuk memperjuangkan kampus yang demokrasi, PRO-M juga akan terlibat dalam program yang memperjuangkan demokrasi negara.

4 comments:

  1. hye..u guys said nk memperjuangkan hak2 mahasiswa, tp why just 3 calon utk PRK...x cukup suara nk memperjuangkan smua itu.

    ReplyDelete
  2. jika benar-benar nak memperjuangkan hak mahasiswa, 1 orang pun sudah cukup, jika tidak, 100 orang pun tak guna

    ReplyDelete
  3. SPF, u all tidak matang, hanya keluarkan risalah dan berjumpa sahaja kalau ada isu? persoalannya, suara spf didengari atau tidak? just for getting the publicity mayb.just go and snap a picture with the kerani then claim u all settel it down. dont be too stupid ma..

    ReplyDelete
  4. wahai, kawan, walaupun sesetengah masalah mungkin tidak diselesaikan, tetapi itu tidak bermaksud kami tidak melakukan apa-apa, kami juga tidak menyatakan bahawa kami yang menyelesaikan masalah-masalah itu, baik kawan baca dengan teliti sebelum memberi komen. Sudah tentu publiciti sesebuah organisasi adalah penting, kami tidak menafikan itu, kami tidak mengatakan Aspirasi melakukan semua itu adalah untuk publisiti sahaja, apa masalahnya untuk publisiti? apa yang kita harus mementingkan ialah apakah usaha yang telah dilakukan untuk menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete