Saturday, August 21, 2010

SPFUSM kecewa dengan pendirian hak berpolitik TNCHEP

Student Progressive Front USM (SPFUSM) amat kecewa berkenaan dengan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) USM, Prof. Datuk Omar Osman yang menyatakan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak menyekat siswa-siswi untuk berpolitik walaupun mereka masih belajar dalam universiti selepas pindaan yang dibuat pada tahun 2008.

Pindaan AUKU pada tahun 2008 hanya mengalihkan kuasa daripada Naib Canselor kepada Menteri Pendidikan Pengajian Tinggi. Ia juga memberikan kuasa pengecualian kepada Naib Canselor untuk membenarkan mahasiswa untuk menyertai parti politik, menyambungkan pelajaran dan menjalani peperiksaan selepas digantung dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Menteri. SPFUSM menyeru kepada pihak universiti jangan memperbodohkan mahasiswa/i atas pindaan AUKU yang menukarkan perkataan tanpa memulih kebebasan dan hak asasi manusia.

Beliau juga menyatakan bahawa mahasiswa/i yang ingin berpolitik boleh meminta kebenaran daripada universiti. SPFUSM amat membantah tentang permohonan tersebut dan ia adalah tidak relevan kerana hak berpolitik mahasiswa merupakan hak asasi asas yang tidak perlu diberikan keizinan atau kebenaran daripada sesiapa pun seperti dinyatakan dalam Perkara 10 (1)(c) dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan kepada semua rakyat Malaysia untuk berpersatuan. Sesuatu perkara itu tidak lagi dikira sebagai bebas jika perlu meminta izin atau kelulusan daripada seseorang. Lagipun tindakan tersebut tindakan tersebut hanya menonjolkan status yang lebih tinggi, lebih berkuasa dan ego pihak universiti

SPFUSM juga ingin meminta contoh kes daripada Muhamad Nur Hazim berkenaan mahasiswa/i yang "dilindungi" dengan AUKU. Adakah tuduhan AUKU terhadap mahasisw/i yang berlaku setahun sekali ini bertujuan untuk melindungi mahasiswa/i ataupun melindungi kebaikan pihak tertentu? Saudara Hazim bimbang bahawa mahasiswa/i kini tidak mencapai pemikiran yang dewasa. Adakah saudara bependapat bahawa mahasiswa yang menerima pendidikan tinggi jauh lebih tidak matang daripada pemuda lain yang sebaya dengan kita yang tidak belajar dalam universiti? Mahasiswa/i bukan budak lagi, biar mereka berlajar sendiri daripada kesilapan dan kegagalan. Kebimbangan saudara tidak bersalah, memang sistem pendidikan Malaysia hanya melahirkan mesin peperiksaan dan AUKU adalah suatu alat yang terus mengkongkong fikiran pelajar dan menyebabkan keadaan ini berleluasa. Adakah saudara ingin melihat pembentukan mahasiswa yang hasil daripada satu acuan yang sama, tanpa peluang untuk mengembangkan potensinya? Dengan itu SPFUSM bukan sahaja berpendirian untuk memansuhkan akta zalim, juga menuntut sistem pendidikan yang melahirkan pembangunan yang menyeluruh manusia.

Akhir sekali, SPFUSM masih berpendirian bahawa mahasiswa/i ialah pemangkin masyarakat jika mereka beserta dalam pembinaan negara. Jadi, pemansuhkan AUKU dengan menggantikan Akta Universiti yang menjamin demokrasi kampus, autonomi mahasiswa/i dan konsep universiti asal.

3 comments:

  1. SPFUSM yg budiman,
    Sekiranya SPF bijaksana, sila jawab soalan berikut:
    1) Adakah SPFUSM dan membaca AUKU pindaan 2009?
    2) Berapa seksyen di dalam AUKU Pindaan 2009?
    3) Adakah SPFUSM sudah mengkaji secara terperinci Seksyen-seksyen AUKU Pindaan 2009?
    4) Seksyen 15 AUKU pindaan AUKU 2009 ada berapa perkara?
    5) Apa maksud politik pelajar dari sudut pandangan SPFUSM?
    6) Adakah politik pelajar itu maknanya pelajar perlu masuk parti-parti politik?
    7) SPFUSM sokong parti politik mana sekarang?
    8) Kenapa seronok sangat untuk berpolitik?
    9) Adakah kebebasan itu mesti masuk politik dahulu?
    10) Apa makna politik pelajar VS politik parti luar??
    11) Apakah SPFUSM seperti kambing cucuk hidung?

    Sila jawab SPFUSM..

    ReplyDelete
  2. Politik bermaksud pengurusan perkara yang melibatkan perhubungan awam. Sebagai contohnya, politik mahasiswa ialah mahasiswa menguruskan perkara yang melibatkan kepentingan mahasiswa seperti yang diuruskan oleh BHEPP sekarang. Parti politik ialah sekumpulan yang ingin menggunakan platform/pentas pengurusan negara yang sedia ada iaitu kerajaan untuk mentadbir negara.

    Hak berpolitik ialah hak asasi manusia yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan, seperti hak mengundi

    Kami berpendapat mahasiswa perlu berpolitik bukan saja di dalam kampus, maka di luar kampus. Hal ini kerana mahasiswa sedang menikmati sumbangan masyarakat iaitu universiti yang ditangggung oleh pembayar cukai. Oleh itu, mahasiswa bertanggungjawab untuk mengubah masyarakat yang dipelajari dalam kampus.

    Tambahan pula, mahasiswa berpolitik dilihat sebagai latihan dan praktikal sebagai seorang pemimpin negara pada usia yang awal, maka mereka mengumpulkan pengalaman dan perkara ini dapat membantu dalam pembangunan negara pada masa depan.

    SPFUSM tidak menyokong parti2 politik, malah ia bekerjasama dengan kumpulan seperti parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan untuk menuntut sistem demokrasi dan hak asasi manusia di dalam dan luar kampus.

    Tentang sekyen2 AUKU, SPFUSM telah menelitinya.

    ReplyDelete
  3. Dalam kita menyumbang kepada masyarakat hendak lah kita perhatikan masalah yang dihadpi oelh masyarakat kita itu...contohnya...,apakah sumbangan kita pada masyarakat kita..negara kita...saya tengok kata-kata yang terungkap daripda SPFUSM adalah just perjuangan untuk kepentingan individu bukan mementingkan hak keperluan orang lain. Orang yang bijak harus memikirkan apa yang bakal kita sumbangkan pada negara dan masyarakat kita, bukan hanya mampu mengutuk kelemahan orang....sedangkan sedar tidak sedar....kutukan itu mencerminkan nilai diri kita sendiri.pikir2 kan lah...

    ReplyDelete