Saturday, March 22, 2008

Sistem dua barisan dalam pembentukan?

http://malaysiakini.com/columns/79696

Malaysia telah dilanda tsunami politik pada 8 Mac 2008 yang menyebabkan Barisan Nasional kehilangan majoriti dua pertiga dalam Parlimen (BN: 140 kerusi, pembangkang dan bebas: 82 kerusi) dan kuasa pemerintahan empat lagi kerajaan negeri (Pulau Pinang, kedah, Perak dan Selangor) sudah diambilalih oleh parti-parti pembangkang, di samping Kelantan yang sedia dalam tangan PAS.
Rasanya hingga sekarang masih ramai yang masih tidak dapat mempercayai ‘angin perubahan’ boleh memuncak ke tahap ‘tsunami’ yang dalam sekelip mata telah mengubah landskap politik negara kita! Namun ini bukan mimpi tetapi realiti yang perlu diterima oleh semua pihak terbabit supaya dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan terbaru ini..


‘Tsunami politik’ sungguhpun mengejutkan, ia juga umpama tsunami alam, pasti ada sebab musababnya meskipun ia gagal dikesani sebelum berlaku. Jika parti-parti  atau para penganalisis politik (termasuk saya sendiri) tidak dapat menjangka perubahan politik yang total ini, atau lebih teruk lagi tidak dapat terima dan menyesuaikan diri (umpamanya bekas menteri-menteri besar yang ‘menghilangkan’ diri), bermakna kita sebenarnya sudah gagal mengetahui sentimen dan trend pengundi sebelum mengundi, dan tidak berani menghadapi realiti baru selepas para pengundi membuat keputusan muktamad.

No comments:

Post a Comment