Sunday, April 11, 2010

Bantahan Sistem Locker Baru

Reference and Information Division
Hamzah Sendut Library I
Universiti Sains Malaysia Library
11800 Penang                                                              10th APRIL 2010

Tuan/Puan

BANTAHAN TENTANG SISTEM LOCKER BARU

Kami bersetuju dengan langkah yang diambil oleh pihak berkaitan iaitu tidak menyamankan sebanyak RM0.40 ke atas pengguna-pengguna locker yang tidak menguncikan locker itu. Ini telah memberi pilihan kepada mereka sama ada menggunakan locker berkunci atau tidak.



2. Kami juga menjalankan penyelidikan bahawa kebanyakan pengguna tidak puas hati tentang sistem baru itu. Hasil penyelidikan dipaparkan di bawah.

3. Walaubagaimanapun, locker berkunci masih mengenakan bayaran sebanyak RM0.20 ke atas pengguna. Ini telah membebankan mereka yang sentiasa menggunakannya.

4. IPTA yang lain seperti Universiti Malaya menggunakan sistem locker berkunci dengan bayaran tapi wang itu dibayar balik kepada pengguna selepas kunci itu dipulangkan. Kami bercadang pihak berkaitan menggunakan sistem tersebut supaya pengguna tidak dibebankan.


Pengerusi Student Progressive Front
Lim Pui Hoon
0169311519
lphoo_n@yahoo.com


========================================================================



Analisis Penyelidikan Sistem Locker Baru
Jumlah borang soal selidik yang telah dibuat adalah sebanyak 135. Audiens sasaran borang soal selidik ini adalah terdiri daripada pelajar Universiti Sains Malaysia. Borang soal selidik ini telah dibuat pada 6 April 2010 dan dibuat di hadapan Perpustakaan Hamzah Sendut Satu. Dalam borang soal selidik, terdapat tiga soalan. Soalan yang pertama adalah menanya pendapat pelajar sama ada menyetujui loker perpustakaan yang dikenakan bayaran. Soalan kedua adalah menanya pendapat pelajar sama ada loker baru ini sesuai digunakan. Soalan ketiga adalah cadangan yang boleh diberi supaya kebajikan pelajar dapat dijaga. Kami juga telah memberikan beberapa cadangan seperti penggunaan loker baru dengan sistem pembayaran ini dikekalkan, dan cadangan kedua adalah penggunaan loker baru dikekalkan, tetapi kita sebagai pelajar mempunyai pilihan untuk membayar 20 sen atau tidak.

Menurut data yang dikumpulkan, daripada jumlah borang soal selidik yang dibuat, sebanyak 12% atau 16 orang pelajar menyatakan setuju bagi soalan pertama, 87% atau 117 orang pelajar menyatakan tidak setuju dan 1% atau 2 orang tiada komen. Antara pelajar yang bersetujui disebabkan loker baru yang berkunci ini adalah lebih selamat.

Manakala pelajar yang tidak setuju dengan penggunaan loker yang dikenakan bayaran adalah disebabkan beberapa faktor, antaranya adalah seperti membebankan pelajar kerana kadang-kala kita akan memasuki perpustakaan beberapa kali setiap hari, walaupun bayaran hanya 20 sen, namun, jika kekerapan keluar masuk perpustakaan bertambah, maka 20 sen setiap kali adalah amat membebankan. Terdapat juga pelajar berpendapat bahawa loker merupakan kemudahan asas pelajar dan tidak sepatutnya mengenakan bayaran. Pihak universiti mempunyai tanggungjawab untuk memastikan barangan yang disimpan selamat. Tambahan lagi, pelajar juga terpaksa mendapatkan duit syiling untuk setiap kali penggunaan loker. Hal ini adalah menyusahkan pelajar. Selain itu, tempoh masa untuk menyimpan barang juga terlalu singkat, tidak seperti loker sewa dulu yang tidak mengehadkan tempoh simpanan pelajar. Bayaran untuk sewa hanya RM 10 setahun tidak kira berapa kali loker digunakan. Jika dibandingkan dengan sistem pembayaran kini, walaupun hanya 20 sen sekali, jika pelajar menggunakannya sekali sehari, maka, setahun adalah jauh lebih tinggi daripada kadar sewa dahulu.

Bagi soalan kedua, terdapat pelajar yang menyatakan loker baru ini sesuai dan tidak sesuai dengan penjelasan tertentu. Berdasarkan data, terdapat 78 pendapat pelajar yang menyatakan loker beru ini sesuai digunakan dan 60 pendapat pelajar yang menyatakan tidak sesuai. Antara pendapat pelajar yang menyatakan ia sesuai disebabkan loker baru ini dapat dikunci dan lebih selamat. Bagi pendapat pelajar yang menyatakan tidak sesuai adalah disebabkan terpaksa membayar, saiz loker yang lebih kecil, susah untuk mendapatkan syiling, dan membebankan kerana dikenakan bayaran setiap kali penggunaannya.

Berdasarkan data yang dikumpul bagi soalan ketiga, iaitu mengenai cadangan, 8 pendapat pelajar yang menerima cadangan pertama, iaitu loker baru dan sistem pembayaran ini dikekalkan. Sebanyak 101 pendapat pelajar yang menerima cadangan kedua, iaitu loker baru dikekalkan, tetapi kita mempunyai pilihan untuk membayar atau tidak. Terdapat juga 31 pendapat pelajar yang memberi cadangan lain. Misalnya loker baru yang akan memulangkan duit syiling seperti loker yang ada di tesco.

Secara kesimpulannya, kebanyakan pelajar berpendapat bahawa loker yang dikenakan bayaran adalah membebankan pelajar. Walaupun loker baru ini dapat menjamin keselamatan barangan pelajar, bayaran yang dikenakan bagi setiap kali penggunaan loker adalah tidak munasabah. Kami telah mengumpulkan beberapa cadangan daripada pelajar yang melakukan soal selidik ini dan berharap pihak universiti akan mempertimbangkan pendapat kita supaya kebijikan pelajar dijaminkan. Kami juga tidak berharap pihak universiti mengamalkan sistem pembayaran loker ini adalah untuk mengaut keuntungan daripada pelajar.

1 comment:

  1. 1) sudahkah pihak anda bertanya secara langsung kpd pihak pengurusan perpustakaan tentang isu ini?
    2) apakah indikator dan bentuk soalan yg anda gunakan sewaktu survey yg diadakan? boleh dedahkan di sini bentuk2 soalan yg ditanyakan? apakah soalan2 tersebut seimbang dan adil pd kedua-dua belah pihak iaitu responden (pelajar) dan juga pihak perpustakaan?
    3) apakah justifikasi anda, melalui survey tersebut, untuk mengatakan bahawa sistem ini ditolak atau menyusahkan para pelajar?
    4) apakah fakta bahawa UM yg melaksanakan sistem ini adalah tepat? adakah pihak anda menggunakan analogi sampel yg sahih, iaitu dengan merujuk kpd sistem di UM, sebelum memutuskan bahawa sistem di UM adalah lebih menyelesakan penggunanya? adakah anda sudah melakukan survey di UM sama seperti di USM? adakah anda sudah menemui pihak perpustakaan UM terlebih dahulu sebelum mendakwa sistem di USM seperti 'menindas' berbanding di UM?
    5) tidakkah anda tahu bahawa locker yg disediakan di USM adalah jauh lebih baik, berkualiti dan mahal serta memerlukan peruntukkan selenggaraan yang tinggi? adakah anda sedar bahawa locker ini masih di peringkat awal? adakah anda sedar bahawa, dengan adanya sistem ini, para pelajar mendapat manfaat yg jauh lebih besar berbanding caj yg dikenakan?

    ReplyDelete