Wednesday, October 6, 2010

SPFUSM mengutuk tindakan JK dan MPP

Student Progressive Front USM (SPFUSM) mengutuk tindakan Jabatan Keselamatan (JK) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menghalang aktiviti perkhidmatan kaunter yang dianjurkan oleh ahli SPFUSM.

Pada waktu pagi 5hb Oktober 2010, SPFUSM telah mengadakan aktiviti perkhidmatan kaunter. Aktiviti tersebut termasuk jualan T-shirt “Malaysian for Beng Hock”, “Give 2nd Chance” dan “1 Black Malaysia”, pendaftaran pengundi dan pengedaran risalah “Bantahan Pindaan Akta Pekerja”. Tujuan utama aktiviti berikut adalah memberi peluang kepada mahasiswa/i dapat melibatkan diri dalam perjuangan masyarakat. Namun begitu, JK dan MPP membantah aktiviti tersebut kerana tiada kebenaran daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEPP). Mereka menggambarkan BHEPP sebagai ibu bapa, mahasiswa/i harus mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa sebelum menjalankan sebarang aktiviti. MPP mengatakan bahawa mereka menerima aduan mahasiswa/i konflik akan logo Barisan Nasional (BN) yang dipaparkan dalam risalah itu. Mereka berpendapat bahawa mahasiswa/i harus fokus kepada akademik dan bukan berjuang untuk golongan pekerja.



Kandungan risalah “Bantahan Pindaan Akta Pekerja” menyatakan bahawa kerajaan akan membuat bacaan pertama tentang pindaan dalam sidang Parlimen pada 11hb Oktober 2010. Akta-akta yang akan pindaan termasuk Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Kerja 1955. Pindaan tersebut melegalisasikan penindasan kerajaan dan majikan ke atas pekerja. Risalah itu juga memaparkan logo BN dan ayat “satu lagi projek BN untuk rakyat”

SPFUSM berpendapat bahawa mahasiswa/i harus memahami pindaan penindasan tersebut kerana mereka akan menjadi mangsa selepas berijazah. Oleh sebab sidang Parlimen adalah semakin dekat, SPFUSM tidak memohon kebenaran daripada BHEPP yang mengambil masa yang panjang dan birokrasi supaya risalah itu dapat disampaikan kepada mahasiswa/i. Tambahan pula, BHEPP merupakan alat BN untuk mengawal pengurusan kampus bagi bertujuan politik, maka SPFUSM tidak percaya bahawa BHEPP akan membenarkan risalah yang menjejaskan kepentingan BN wujud di dalam kampus.

Selain itu, mahasiswa/i bersterotaip tentang politik dan parti politik. Oleh itu, SPFUSM bercadang bahawa mahasiswa/i harus memahami maknanya dengan bantuan pihak universiti dan MPP. Mereka bertanggungjawab berbuat demikian dan bukanlah menjejak langkah BN untuk memperbodohkan mahasiswa/i. Kerajaan sentiasa mengkritikkan bahawa mahasiswa/i tidak berprihatin tentang isu-isu masyarakat dan politik, tetapi tindakan pihak universiti pada hari ini adalah tidak relevan. Pihak universiti hanya membenarkan mahasiswa/i melibatkan diri dalam perkhidmatan masyarakat, tetapi menghalang mahasiswa/i berjuang untuk perubahan sistem masyarakat.


Tuntutan-tuntuan SPFUSM:

1. Menganjurkan forum secara terbuka dalam kampus dan membenarkan semua lapisan masyarakat menyertainya. Hal ini kerana mahasiswa/i menikmati sumbangan masyarakat dan pekerja. Sekarang tiba masanya mahasiswa/i mengenang sumbangan mereka dengan bertentangan sistem kapitalis. Bukanlah menjadi hamba BN yang tidak berprihatin terhadap penindasan tersebut.

2. Membina budaya yang bertelusan dalam polisi dan kewangan, membina dataran pidato dan mengembalikan hak membuat keputusan dan sistem keadilan kepada Dewan Perundingan Pelajar.

Secara kesimpulannya, SPFUSM berharap bahawa autonomi kampus dikembalikan dan mahasiswa/i bebas menyertai perjuangan masyarakat supaya tidak lagi menjadi ‘yesman’. Selain itu, SPFUSM akan terus mengedarkan risalah supaya mahasiswa/i berpeluang menjadi ahli perjuangan masyarakat.

4 comments:

  1. Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng pon dulu kalo ada gerai haram yang takde kebenaran untuk berniaga akan diruntuh oleh MPPP. maka samalah juga yang dibuat oleh Jabatan Keselamatan yang mengikut peraturan untuk menghalang aktiviti yang tidak mendapat kebenaran dari pihak universiti. Asasnya disini ialah peraturan yang dibuat. Tu la lain kali rujuk dulu dengan tok guru hang pa..

    ReplyDelete
  2. SPF jgn jd bodoh tak bertempat. USM ada undang2..kalau tak mampu ikut undang2, jgn buat aktiviti. Apa susahnya, sedangkan MPP pun mintak kebenaran sebelum buat aktiviti. You ingat you SPF dpt full suport dr Kerajaan Negeri you boleh buat suka hati dalam kampus?? Ini kampus bukan untuk you dan kumpulan you saja tp untuk mahasiwa belajar. Kalau you mahu bikin kecoh lagi, tunggu saja tindakan kami pula. Tak mustahil kami pula yg akan edar flyers dan poster mengutuk kezaliman kerajaan negeri terhadap golongan peniaga, orang melayu dan kaum minoriti lain di negeri ini. Sebelum bertindah, FIKIR DAHULU laa..

    ReplyDelete
  3. bla bla bla.

    SPF bullshit! racist!

    ReplyDelete
  4. Well, i guess no need to explain too much here. Some parties or people may not understand it. They cant even write a proper BM how can we expect them to understand english. Yes, Malaysia is a very nice country, but definately not the government. The government suckss... How can we overtake Singapore with this kind of leaders? Singapore already overtake Malaysia 20 years in advance. Malaysia government poor in management, and they still think they are very good. Bribery involved at any level in government. No wonder Malaysia debt increased to RM400++billion this year, pity Malaysia. Don't compare Malaysia petrol price with Singapore because Singapore do not produce petroleum. Of couse Malaysia can claim their petrol price is cheaper, bullshit. Why don't Malaysia compare the petrol price with Arab Saudi? In university, BHEPP is just a student affair and development department, why they have authority to control all the student activities?

    ReplyDelete