Monday, October 11, 2010

Usul-usul DPP yang dicadang oleh SPFUSM

USUL 1: Penyiasatan masalah perkhidmatan bus yang sedang diuruskan oleh MPP harus bertelusan.

Justifikasi
1.       Penyiasatan masalah perkhidmatan bus sedang dijalankan oleh MPP.

Tuntutan
(a)    Mengadakan tender secara terbuka dan mengumumkan standard (tempoh pengalaman perkhidmatan bus yang minimum)  untuk mendapatkan kontraktor yang baru jika menamatkan perjanjian dengan syarikat perkhidmatan bus yang sedia ada.

(b)   Mengumumkan segala maklumat kontraktor baru itu serta perjanjian yang akan dibuat.

(c)    Mengumumkan perbelanjaan dan belanjawan kewangan perkhidmatan bus baru dan lama.

(d)   Mengumumkan keputusan dan statistik soal selidik selepas penamatan penyiasatan masalah.

(e)   Melibatkan perbincangan mahasiswa/i secara terbuka dalam proses membuat keputusan sama ada meneruskan kontraktor yang sedia ada atau baru.



USUL 2: Perbelanjaan dan belanjawan kewangan semua jabatan USM harus diumumkan



Justifikasi
1.       USM tidak pernah mengumumkan perbelanjaan dan belanjawan kewangan.

Tuntutan
(a)    Mengumumkan segala perbelanjaan dan belanjawan kewangan pihak universiti supaya pemantauan dapat dilakukan untuk mengelakkan sebarang penyelewangan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

(b)   Segala maklumat yang diumumkan harus dapat dijawab oleh pihak berkenaan jika disoal.

USUL 3: Pengumuman maklumat berkenaan dengan perpustakaan baru

Justifikasi
1.       Postgraduate dibenarkan masuk ke dalam perpustakaan yang baru dibina, undergraduate tidak dibenarkan.

Tuntutan
(a)    Meminta pihak berkenaan memberi sebab yang munasabah tentang hal berkenaan.

(b)   Mengumumkan segala perbelanjaan, belanjawan kewangan dan kontraktor yang terlibat dalam pembinaan perpustakaan baru.


Usul 4: Mesin pembekal air minum harus disediakan di foyer DK


Justifikasi
1.       Dalam pilihan raya kampus yang lepas, calon yang bermanifesto untuk menyediakan mesin pembekal air minum telah menang dalam pemilihan itu. Dia harus menunaikan manifesto yang telah dijanjikan.

2.       Ramai mahasiswa/i menghadir kuliah atau tutorial di foyer DK, oleh itu tempat tersebut harus disediakan dengan mesin pembekal air mesin.

3.       Perpustakaan 1 telah menyediakan mesin tersebut, tetapi kod pakaian telah menyusahkan mahasiswa/i untuk mendapatkan bekalan air.

Tuntutan
(a)    Menyediakan mesin pembekal air minum yang percuma di foyer DK


Usul 5: Hawa dingin yang dibekalkan di dalam dewan kuliah tidak ditutup adalah membazirkan.

Justifikasi
1.       Hawa dingin masih dibekalkan di dalam dewan kuliah walaupun tidak digunakan

Tuntutan
(a)    Menyediakan suis dalam setiap dewan kuliah supaya dapat ditutup semasa tidak digunakan

1 comment:

  1. u all ni nak belajar dalam universiti atau nak memerintah universiti??

    siap usul lah, justifikasi lah, apa yang u cakap?

    'perbelanjaan setiap jabatan usm perlu di umumkan?'

    sebab apa? ketelusan? u all ni nak belajar atau nak jadi pegawai SPRM? atau u all nak sgt jadi NC?

    stupid!

    ReplyDelete