Friday, October 9, 2009

PRK e-undi UUM: Blogger dakwa GPMS dalang Pro-M

Sintok 08 Okt 10.30 a.m : Gabungan Pelajar Melayu SeMalaysia Universiti Utara Malaysia (GPMS UUM) telah bekerjasama dengan kumpulan Pro-Mahasiswa bagi menyediakan calon kumpulan tersebut dalam  pilihanraya kampus kali ini.

Kenyataan tersebut dibuat oleh seorang blogger, Sdr. Azrinizam, melalui laman blog peribadinya, Angin Perubahan. Blogger tersebut juga menambah bahawasanya 36 orang calon dari kumpulan Pro-M hasil kerjasama bersama GPMS telah bersedia untuk bertanding.

Blogger berkenaan yang  merupakan mantan YDP MPP UUM juga menyatakan bahawasanya semua perbelanjaan kursus calon dibiayai sepenuhnya oleh Pengetua Kolej Yayasan Al-Bukhary.

Sementara itu, Pengerusi kumpulan Pro-mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM),Tengku Hasrul Tengku Malek ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut,memberikan reaksi yang sangat kontradik dengan perkara tesebut.

“Saya cukup terkejut tentang isu ini, paling memeranjatkan, kami dituduh menggunakan platform GPMS UUM dalam soal penyediaan calon Pro Mahasiswa, Saya rasa beliau perlu menambahkan pembacaan beliau, terang-terang berita kami sudah diwartakan dalam Malaysiakini, bahawa calon Pro Mahasiswa UUM akan bertanding untuk lapan kerusi umum dan satu calon untuk kerusi kolej akademik sahaja kerana tidak cukup calon,”ujar beliau.

Mengenai  isu pembiayaan calon oleh Pengetua Kolej Yayasan Al-Bukhary pula, beliau memberikan respon seperti berikut.

“Kami benar-benar tak tahu tentang perkara ini, kami sendiri yang baru bertapak di UUM tidak menerima tajaan dari mana-mana pihak sekalipun, Bebaskan Mahasiswa dari kepolemikkan ideologi pembangkang mahupun kerajaan,” tegasnya. lagi.

Media turut cuba untuk mendapatkan  penjelasan dari Pengetua Kolej Yayasan Al-Bukhary,namun gagal.

Pilihan Raya Kampus universiti tersebut yang akan bermula hari ini  dengan penamaan calon akan tetap menggunaan sistem e-voting walaupun sebelum ini dibantaholeh kumpulan Pro-M.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini melaporkan bahawasanya Universiti Utara Malaysia (UUM) bersetuju untuk menubuhkan sebuah badan bebas yang dianggotai oleh 10 ahli akademik untuk memantau kempen pilihanraya kampus tersebut ekoran kontroversi pelaksanaan e-undi di universiti berkenaan.

Sistem e-voting yang dibantah oleh mahasiswa seluruh Malaysia setelah diseret ke Bagan Pinang mendapat perhatian Menteri, Datuk Khaled Nordin.

Beliau dalam mengulas sistem dan bantahan berkenaan menyatakan polemik tersebut hanya sengaja ditimbulkan mahasiswa yang disifatkan  sebagai “politik murahan mahasiswa” dan “mahasiswa menolak pembangunan dan teknologi”.

Namun kenyataan balas diberikan oleh Shazni Munir Ithnin, pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan mempersoalkan “Adakah KPT melihat memilih kepimpinan berdasarkan kemajuan teknologi?” dan sehingga kini kementerian tidak memberikan jawapan lanjut.

No comments:

Post a Comment