Thursday, October 8, 2009

KENYATAAN SMM MEMBANTAH PENGGUNAAN E-UNDI DALAM PRK

KENYATAAN SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA MEMBANTAH PENGGUNAAN E-UNDI@ E-VOTING DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS

-Civil Society Joint statement-

6HB OKTOBER 2009

E-Pengundian merupakan satu sistem yang dibangunkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dalam bentuk pengundian secara berkomputer di dalam menjalankan proses Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di universiti-universiti. Proses pemilihan yang dijalankan sebelum ini dilakukan secara manual (undian dengan memangkah calon-calon yang bertanding pada kertas).


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan ini menolak penggunaan sistem E-Undi @ E-Voting dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang akan berlangsung akan datang. Hal ini adalah berdasarkan beberapa persoalan yang timbul serta keraguan tentang kredibiliti, penyelewengan dan ketelusan sistem berkenaan. SMM hari ini berasa dukacita atas cadangan kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menggunakan sisten E-Undi @ E-Voting ini. SMM merasakan bahawa penggunaan sistem ini adalah penganiayaan terhadap mahasiswa sebagai masyarakat terpelajar serta pembunuhan serta penamat kepada demokrasi di kampus.

Bantahan dan penolakan SMM terhadap penggunaan sistem E-Undi @ E-Voting adalah berdasarkan atas beberapa sebab;
  1. Sistem ini tidak merahsiakan undi.
  2. Sistem ini mudah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan.
  3. Calon atau wakil calon dinafikan hak untuk berada di tempat mengundi.
  4. Calon atau wakil calon dinafikan hak untuk melihat proses pengiraan undi.
  5. Sistem ini tidak disertai dengan senarai daftar pengundi.
  6. Tiada badan bebas yang memantau penggunaannya.
  7. Kos untuk membangunkan sistem ini sangat tinggi.

Justeru SMM mewakili kebanyakan organisasi mahasiswa dan anak muda Malaysia khususnya di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berpendirian seperti berikut;
  1. Membantah penggunaan Sistem E-Undi @ E-Voting dalam Pilihan Raya Kampus atau Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di semua IPTA Malaysia.
  2. Mendesak kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menarik balik cadangan pelaksanaan E-Undi @ E-Voting dalam Pilihan Raya Kampus.
  3. Mendesak Menteri Pengajian Tinggi Malaysia menjawab serta memberi respon terhadap penggunaan sistem ini dalam masa 3 hari bermula hari ini.
  4. Mendesak semua pimpinan kerajaan dan politik, sama ada kerajaan atau pembangkang untuk menyatakan pendirian masing-masing terhadap isu E-Undi dan E-Voting khususnya Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan di Parlimen dan juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA
Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS)
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

No comments:

Post a Comment